NEWSFLASH>>
  • Home
  • About PCM
  • Media
  • Current Affairs
  • Theme Songs
  • Paralimpiad Malaysia
  • Sports
  • Anti-Doping
  • Classification
  • Sports Science and Education
  • Human Resource Development
  • Awards
  • Gerakan Paralimpik Negara
  • PESRON
  • Calendar of Events
  • Proud Supporter Programme
  • Contingent Achievement
  • Road to London 2012
  • Sponsors
  • Feedback
  • Contact Us
  • Links
 

PESRON


APA ITU
MAJLIS SUKAN DAN REKREASI OKU NEGERI (MASRON)?
PERSATUAN SUKAN DAN REKREASI OKU NEGERI (PESRON)?

LATAR BELAKANG

Pembangunan sukan OKU dan Gerakan Paralimpik Negara hanya berjaya di peringkat kebangsaan dan di peringkt antarabangsa tetapi tidak di peringkat negeri. Suatu disparity yang perlu diperbetulkan. Hakikatnya ini menguntungkan sebilangan kecil OKU yang bernasib baik tetapi majority OKU di peringkat negeri tidak berpeluang untuk menikmati faedah bersukan samada sebagai satu rekreasi atau terlibat dalam latihan bersistematik untuk sesuatu pertandingan. Ini kerana tiadanya satu mekanisma sukan yang konkrit dan berfokus di peringkat negeri dalam bentuk organisasi berstruktur khusus bagi kepentingan sukan OKU. Ini bukan sahaja dilihat sebagai satu kerugian tetapi juga sebagai sesuatu yang tidak adil bagi OKU, bahkan suatu diskriminasi kepada hak OKU dalam peluang bersukan. Justeru, apa jua langkah yang dibuat untuk memberi peluang dan keselesaan kepada OKU bersukan di peringkat negeri merupakan satu langkah pelaksanaan kepada dasar dan program ‘equality’ dan ‘inclusion’ atau peluang kesamaan dan penyertaan penuh kepada golongan OKU.

INISIATIF OLEH MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA

Kertas cadangan penubuhan Majlis Sukan dan Rekreasi OKU Negeri atau MASRON yang dipersetujui bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Paralimpik Malaysia 5 tahun yang lalu.

Initiatif untuk penubuhan MASRON dan PESRON serta kertas kerja asal MASRON  dan PESRON telah dibuat oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Dato’ Zainal Abu Zarin. Maka dengan itu,

KBS dan MPM bersetuju :

    1. Untuk menubuhkan Majlis Sukan & Rekreasi Malaysia (MASROM) sebagai badan Pengawalan Sukan OKU di peringkat kebangsaan (NGO) didaftar dengan Pesuruhjaya Sukan pada masa yang sama, negeri demi negeri. (Sama status dengan Majlis Sukan Negara)
    2. Untuk menubuhkan Persatuan Sukan & Rekreasi OKU Negeri (PESRON) sebagai badan pengawalan sukan OKU peringkat negeri (NGO) didaftar dengan Pesuruhjaya Sukan pada masa yang sama, negeri demi negeri (Sama status dengan Majlis Sukan Negeri)
    3. RASIONAL PENUBUHAN

    4. Menyegerakan mekasnisma sukan OKU di peringkat negeri secara menyeluruh dan merata.
    5. Sudah sampai masa dan ketikanya Gerakan Paralimpik bertapak di negeri-negeri dalam bentuk MASROM dan PESRON melalui gerakan sukarela (NGO) yang dinaungi KBS dan MPM.
    6. Struktur dan mekanisma ini bukan sahaja mampu menangani masalah dan isu ‘Sukan OKU’ serta ‘OKU dan Sukan’ tetapi sekaligus memartabatkan Gerakan Paralimpik Negara seDekad (GPN2010) serta meningkatkan kesejahtetaan, status dan imej OKU sebagai warga yang produktif dan menyumbang kepada pembinaan bangsa dan negara.
    7. Sudah terbukti di peringkt nasional dan antarabangsa.  Sekarang perlu diperturunkan pembangunan ini di peringkat akar umbi.
    8. PELAN STRATEGIK

    9. Suruhanjaya Sukan bersetuju dan bersepakat menjayakan dari segi perlembagaan, bentuk dan struktur.
    10. MPM dan KBS menjadi badan yang memperakui bagi penubuhan MASROM dan setiap PESRON.
    11. MPM dan KBS bersetuju dengan senarai ulung pemimpin-pemimpin  peringkat kebangsaan dan negeri.
    12. KBS menyediakan bajet tahunan dan infra peringkat kebangsaan dan negeri secara berpenggal 5 tahun, selaras dengan blueprint 2010 dan GPN 2020.
    13. Usaha menjadikan mekanisma sukan OKU ini sebagai organisasi yang kuat, produktif dan berkesan adalah menjadi keutamaan.
    14. LANGKAH PELAKSANAAN

    15. MPM menyediakan perlembagaan MASRON dan PESRON untuk kelulusan blanket oleh KBS dan Pesuruhjaya Sukan sebelum Jun 2009.
    16. MPM dengan persetujuan dan kerjasama KBS menjadi pelopor bagi penubuhan mekanisma ini di peringkat kebangsaan dan negeri bermula tahun 2009.
    17. Segala pelan dan langkah perlaksanaan harus mengelak daripada penindihan tugas dan tanggungjawab, pembaziran wang dan usaha, kontroversi, konflik kepimpinan. Sebaliknya ia haru melengkap, mengukuh dan memberi kesan dan impak positif kepada OKU, masyarakat dan negara.

Akhirnya, PESRON telah ditubuhkan secara rasmi di tiap-tiap negeri pada bulan Disember 2009 dengan mendapat grant tahunan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri

Senarai Alamat PESRON

 


© 2009. Malaysian Paralympic Council. All Rights Reserved.