NEWSFLASH>>
  • Home
  • About PCM
  • Media
  • Current Affairs
  • Theme Songs
  • Paralimpiad Malaysia
  • Sports
  • Anti-Doping
  • Classification
  • Sports Science and Education
  • Human Resource Development
  • Awards
  • Gerakan Paralimpik Negara
 • GPN 2010
 • GPN 2020
  • PESRON
  • Calendar of Events
  • Proud Supporter Programme
  • Contingent Achievement
  • Road to London 2012
  • Sponsors
  • Feedback
  • Contact Us
  • Links
 

GPN


Sedekad memacu Gerakan Paralimpik Kebangsaan
(Gerakan Paralimpik Negara Sedekad)

Pembangunan dan halatuju pergerakan Paralimpik di Malaysia dijana menerusi satu rangka kerja atau ‘blue print” 10 tahun yang memberi penekanan kepada pembangunan secara hholistik sukan dan aktiviti OKU.

Gerakan Paralimpik Negara 2010 (GPN 2010) itu diharap dapat menaikkan martabat serta keperkasaan konsep ‘Sukan Untuk Semua” dan Kecemerlangan Sukan bagi atlit-atlit Paralimpik dan OKU di seluruh Negara.

Selain menonjolkan konsep ‘Malaysia Cergas” dan meniup semangat “Malaysia Boleh” GPN 2010 memberi penekanan dalam memperjuangkan hak Kesamarataan Peluang untuk golongan OKU.

Sukan-sukan yang digerakkan termasuklah Olahraga, Lawan Pedang, Renang, Boccia, Goalball, Powerlifting, Badminton, Bola Keranjang Berkerusi Roda, Memanah, Lumba Basikal, Bola Sepak, Ping Pong, Judo, Tenpin Boling, Tenis Berkerusi Roda, Boling Padang, Tarian Kerusi Roda, Menembak, Bola Tampar Duduk, Ekuin, Word Game, Catur dan Karom.

GPN2010 membawa misi besar menyatukan pergerakan dan aktiviti sukan paralimpik.

Untuk menjadikan satu program holistic, GPN2010 membawa mesej dan 10 agenda penting iaitu: Kesedaran Produk dan Jenama, kecemerlangan atlit, Anugerah Gemilang,Peranan Antarabangsa dan Global, Sumber Manusia, Struktur Sukan dan Tadbir Urus yang baik,MPM sebagai platform berkesan, MPM berperanan penting meningkat taraf hidup dan kebajikan OKU dan kebebasan MPM.

Sepanjang dekad lepas,MPM berjaya meletakkan atlit dalam kelompok ranking terbaik di dunia, ke-4 di Sukan FESPIC, ke-2 di Sukan PARA Asean, Sukan Paralimpik dan Kejohanan-kejohanan dunia.

Di luar gelanggang, MPM berjaya sebagai peneraju pelbagai program global dan antarabangsa paralimpik termasuk dalam kepimpinan, teknikal dan classifier, selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibupejabat sebagai hub bagi pergerakan paralimpik di rantau ini. Kelahiran kelompok pegawai teknikal, Classifiers, Jurulatih, Pengurus, Saintis Sukan dan promoter juga sesuatu yang membanggakan.

Usaha menyelaskan serta mengukuhkan struktur Sukan dan Tadbir Urus juga diberipenekanan pelbagai acara sukan dianjurkan oleh MPM yang bertindak sebagai penganjur, tuan rumah, agen,strategis dan penasihat kepada acara-acara seperti Sukan Paralimpiad Malaysia, Sukan PARA Asean, Fespic dan pelbagai acara serta seminar lain.

Kebajikan atlit terus diperjuatkan menerusi Koperasi Paralimpik Malysia (PARAKOP) manakala usaha untuk ‘memerdekakan’ MPM menerusi pengurusan dana secara professional dan memiliki premis sendiri juga giat dirancang.

GPN 2010 GPN 2020

 


 


© 2009. Malaysian Paralympic Council. All Rights Reserved.