NEWSFLASH>>
  • Home
  • About PCM
  • Media
  • Current Affairs
  • Theme Songs
  • Paralimpiad Malaysia
  • Sports
  • Anti-Doping
  • Classification
  • Sports Science and Education
  • Human Resource Development
  • Awards
  • Gerakan Paralimpik Negara
  • PESRON
  • Calendar of Events
  • Proud Supporter Programme
  • Contingent Achievement
  • Road to London 2012
  • Sponsors
  • Feedback
  • Contact Us
  • Links
 

Current Affairs


16 atlet Malaysia sertai Sukan Arafura di Darwin

Source : Berita Harian
04/05/2011

KUALA LUMPUR: Enam belas atlet Malaysia, 12 daripadanya atlet paralimpik, akan menyertai temasya Sukan Arafura yang akan berlangsung di Darwin, Australia mulai Sabtu ini.

Pengarah Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Safrushahar Yusoff, berkata daripada 12 atlet paralimpik itu, lima adalah atlet sukan ping pong dan tujuh lagi sukan powerlifting.

"Sementara empat lagi adalah atlet normal sukan tinju. Kontinjen Malaysia ke temasya tersebut kesemuanya terdiri daripada 16 atlet dan 11 pegawai," katanya di sini hari ini.

Temasya dwi-tahunan anjuran Darwin itu akan berlangsung sehingga 14 Mei. Pertama kali dianjurkan pada 1991, temasya ini semakin mendapat sambutan dari seluruh dunia dan pada edisi 2009, sebanyak 30 negara mengambil bahagian membabitkan 3,000 atlet.

Acara yang membabitkan atlet paralimpik bermula pada edisi 2007. Bagi edisi 2011, sebanyak 20 sukan dipertandingkan iaitu olahraga, bola keranjang, tinju, kriket, bola sepak, golf, hoki, menyelamat, muay thai, sepak takraw, menembak (clay), menembak (pistol IPSC), menembak (pistol ISSF), skuasy, renang, ping pong, tenpin boling, triathlon, bola tampar dan angkat berat.

Mohd Safrushahar berkata, secara keseluruhannya, temasya Arafura ini berada di kelas bawah daripada saingan Sukan SEA.

"Sebab itu MSN hanya menyertai tiga acara sahaja berbanding 20 acara yang ditawarkan," katanya.

Katanya, bagi atlet paralimpik yang bertanding dalam acara ping pong dan powerlifting, mata daripada temasya ini diambil kira dalam ranking dunia untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik 2012 di London.

"Sementara bagi atlet tinju yang normal, saingan di temasya ini memberikan rakan-sparring dari kelas tinggi," katanya


 


© 2009. Malaysian Paralympic Council. All Rights Reserved.